Senarai rakan strategik akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Keindahan yang terdapat pada batu permata jed menyimpan daya tarikan dan pesona tersendiri. Nuwa Pierre diasaskan dengan kepercayaan bahawa barang kemas bukanlah sekadar perhiasan, ianya adalah seni yang mencorakkan identiti dan legasi. Setiap hasil ciptaan Nuwa Pierre menerapkan asal-usul warisan dan tradisi dengan suntikan elemen kemewahan.
Selamat datang ke dunia Nuwa Pierre. Kemewahan moden diukir bersama tradisi, setiap perhiasan menyimpan jiwa permata dan kenangan yang abadi.
Universiti Sumatera Utara (USU) merupakan salah satu universiti awam yang terletak di Medan, wilayah Sumatera Utara, dan merupakan universiti ketujuh yang ditubuhkan di Indonesia. Ia pada asalnya dikenali sebagai Yayasan Universitet Sumatera Utara pada 4 Jun 1952, dengan Fakulti Perubatan sebagai fakulti pertamanya yang ditubuhkan pada 20 Ogos 1952. USU diiktiraf sebagai salah satu universiti terkemuka di Asia Tenggara yang mempunyai 15 fakulti dan 1 sekolah pascasiswazah yang mengendalikan 154 program pengajian, termasuk 47 program prasiswazah, 64 program pascasiswazah, 28 program kepakaran, dan 15 program vokasional.
Aiszzy Electronics Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam penyediaan perkhidmatan dan bekalan komponen elektronik kepada pelbagai lapisan pengguna. Syarikat ini berperanan sebagai pusat sehenti bagi individu, institusi pendidikan dan industri yang memerlukan komponen elektronik khusus, sensor dan aktuator, papan mikropengawal seperti Arduino, Micro:bit, NodeMCU, ESP32, serta papan mikroprosesor seperti Raspberry Pi. Aiszzy Electronics Sdn. Bhd. juga aktif membangunkan projek-projek inovatif yang selari dengan perkembangan teknologi semasa dan boleh diakses secara sumber terbuka oleh masyarakat umum.