Hanya tiga (3) Produk Inovasi Terbaik bagi setiap Trek Inovasi akan layak ke pembentangan peringkat akhir Pertandingan Inovasi Alam Melayu 2025.
Sesi pembentangan akhir akan dijalankan secara maya melalui Google Meet.
Finalis yang terpilih akan dimaklumkan satu minggu sebelum sesi pembentangan dan mesti bersedia untuk membuat pembentangan secara dalam talian.
Finalis mesti menyediakan bahan pembentangan dalam format Microsoft PowerPoint.
Tempoh pembentangan adalah 10 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
Pemenang pertama Anugerah Khas bagi setiap Trek Inovasi akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, Piala Anugerah Khas, Medal, Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian.