Tajuk video: (Kod Projek)_Tajuk Projek
Contoh: (IM25-PS-028) Digitalisasi Warisan Silat Melayu: Aplikasi Latihan Interaktif
Thumbnail video: Muka hadapan video perlu memasukkan paparan logo IMAN25.
Struktur kandungan video mestilah merangkumi:
1. Pengenalan
2. Penyataan Masalah
3. Reka Bentuk dan Ciri-Ciri Inovasi
4. Kebaharuan dan Keunikan
5. Potensi Pengkomersilan
6. Penerbitan, Paten, atau Anugerah / Pengiktirafan (jika berkenaan)
Setiap penyertaan perlu menghantar satu (1) video pembentangan projek atau produk inovasi masing-masing.
Durasi video hendaklah antara 5 hingga 8 minit. Video yang lebih daripada had maksima 8 minit akan dibatalkan penyertaannya.
Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Video yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu perlu disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris.
Video inovasi hendaklah dimuat naik ke saluran YouTube.
Hanya pautan video YouTube yang perlu dihantar bersama Borang Pembayaran dan Penyerahan Video Inovasi.
Persembahan video akan dinilai berdasarkan kreativiti peserta.
Pastikan audio jelas dan berkualiti tinggi untuk memastikan bunyi yang optimum.
4 Kriteria Penjurian Video perlu dipersembahkan dengan jelas iaitu:
1. Memenuhi semua struktur kandungan
2. Kejelasan dan kefahaman naratif video
3. Kreativiti persembahan video
4. Kualiti penyampaian (video dan audio)
Sila klik atau imbas kod QR di bawah dan isi Google Form untuk penghantaran pautan video YouTube berserta slip pembayaran yuran IMAN25.