Penerbitan Monograf Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 akan menggabungkan koleksi penulisan daripada pelbagai bidang ilmu dan kepakaran yang memfokuskan kepada hasil kajian inovasi terhadap Alam Melayu, khususnya dalam tema Teknologi, Pendidikan dan Keusahawanan.
Setiap penyertaan inovasi bersama manuskrip Monograf akan diterbitkan secara percuma berserta pendaftaran e-ISBN oleh Penerbit Universiti Teknologi MARA.
Jangan lepaskan peluang untuk menerbitkan hasil kajian inovasi anda dalam Monograf Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025, sila klik Garis Panduan Manuskrip Monograf untuk maklumat lanjut.