Penerbitan Monograf Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 akan menggabungkan koleksi penulisan daripada pelbagai bidang ilmu dan kepakaran yang memfokuskan kepada hasil kajian inovasi terhadap Alam Melayu, khususnya dalam tema Teknologi, Pendidikan dan Keusahawanan.
Setiap penyertaan inovasi bersama manuskrip Monograf akan diterbitkan secara percuma berserta pendaftaran e-ISBN oleh Penerbit Universiti Teknologi MARA.
Manuskrip Monograf boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 5 muka surat, muat turun templat di bawah sebagai rujukan.
Kandungan manuskrip Monograf adalah seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Penyataan Masalah
3. Reka Bentuk dan Ciri-Ciri Inovasi
4. Diagram, Rajah dan Dokumentasi Visual
5. Kebaharuan dan Keunikan
6. Potensi Pengkomersilan
7. Kesimpulan
8. Rujukan
Tarikh tutup penghantaran manuskrip Monograf adalah pada 5 November 2025.
Sila klik atau imbas kod QR di bawah untuk penghantaran manuskrip Monograf.
Templat Manuskrip Monograf IMAN25 (Bahasa Melayu)
IMAN25 Monograph Manuscript Template (English)