"Menjulang Tradisi, Mencipta Inovasi"
Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25) adalah gelanggang ilmiah dan kreatif yang menghimpunkan penyelidik dan pencipta global untuk mengetengahkan idea dan inovasi berteraskan Alam Melayu. IMAN25 mengangkat pemerkasaan ilmu dan warisan Alam Melayu melalui pendekatan moden dan teknologi, serta memperkukuh kelestarian jati diri serantau di persada antarabangsa. Pertandingan ini juga berperanan sebagai pemangkin penyelidikan, pendidikan dan pengkomersialan produk berkaitan inovasi khazanah Alam Melayu di samping membina jaringan strategik antara institusi pendidikan, industri dan komuniti.
Pendaftaran IMAN25 kini dibuka kepada penyertaan Pelajar Sekolah, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Ahli Akademik serta Profesional di dalam atau luar negara.
Setiap penyertaan perlu disertakan dengan abstrak yang ditulis mengikut format yang ditetapkan, sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Templat Abstrak boleh dimuat turun menggunakan templat yang disediakan seperti di bawah.
Sila klik atau imbas kod QR dan isi Google Form yang disediakan untuk mendaftar.
Templat Abstrak (Bahasa Melayu)
Abstract Template (English)
Kaedah pembayaran boleh dibuat melalui pautan Google Form yang disediakan.
Sertakan pautan video YouTube bersama pembayaran. Rujuk Garis Panduan Kandungan dan Penghantaran Video dengan lebih lanjut.
Isi Kod Projek dan Nombor Invois (rujuk emel Notifikasi Pengesahan Penyertaan) serta lampirkan salinan bukti pembayaran.
Sila klik atau imbas kod QR di bawah untuk membuat pembayaran.
Maklumat Pembayaran:
Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun: 1217 701 000 5698
Nama Penerima: UiTM-UKZ7AA
Rujukan: IMAN25
Adat Istiadat • Agama • Animasi • Bahasa Melayu • Bela Diri • Busana • Falsafah • Fesyen • Ilmu Falak • Intitusi Beraja • Kartun • Kejuruteraan • Kesihatan • Kraftangan • Kriptografi • Landskap • Makanan • Maritim • Muzik • Pelancongan • Penulisan • Pengangkutan • Perhiasan • Perubatan • Permainan • Persenjataan • Pertanian • Pertukangan • Seni Bina • Seni Halus • Seni Lukis • Sukan • Tarian • Tenunan • Tulisan Jawi
Setiap penyertaan IMAN25 akan membawa pulang:
1. Pingat Pemenang (Emas / Perak / Gangsa)
2. e-Sijil Penyertaan
3. e-Sijil Pencapaian
Tiga (3) Pemenang Anugerah Khas IMAN25 dari setiap Trek Inovasi Teknologi, Pendidikan dan Keusahawanan akan membawa pulang:
1. Wang Tunai RM1,000
2. Trofi Anugerah Khas
3. Pingat Pemenang
4. Sijil Penyertaan
5. Sijil Pencapaian
Sekretariat IMAN25:
Dr. Nadia Widyawati Madzhi
(Pengarah Projek I)
nadiawidyawati@uitm.edu.my
En. Rahman Naim Mat Ali
(Setiausaha)
rahman0781@uitm.edu.my
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa
Universiti Teknologi MARA.
Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia.
Tel : 03-5544 3802 / 3805